Monday, February 27, 2017

10 Syarat Sah Membaca Surat Al-fatihah

10 Syarat Sah Membaca Surat Al-Fatihah
Foto: Intip Berita

10 Syarat Sah Membaca Surat Al-Fatihah - Tentang syarat sah bacaan Al-Fatihah ini, antaranya ialah sepertimana yang disebutkan dalam kitab Minhaj At-Thalibin, oleh Imam Nawawi seperti berikut:

"Wajib susunannya dan muawalatnya. Maka jika diselangi dengan zikir, ia memutuskan. Maka jika zikir itu berkaitan dengan sembahyang seperti ucapan aminnya akan bacaan Imamnya dan mengingatkan bacaan Imam, maka tidak memutuskan, pada yang paling sahih. Memutus oleh diam yang lama. Seperti ini yang sedikit, jika diqasadkan dengan memutuskan bacaan, pada yang paling sahih."

BACA:  Pembahagian Rukum Shalat
Syarat sah al-Fatihah (safinah)

فصل ) شروط الفاتحة عشرة : الترتيب والموالاة ومراعاة تشديداتها وأن لا يسكت سكتة طويلة ولا قصيرة يقصد قطع القراءة وقراءة كل آياتها ومنها البسملة وعدم اللحن المخل بالمعنى وأن تكون حالة القيام في الفرض ، وأن يسمع نفسة القراءة وأن لا يتخللها ذكر أجنبي .
Syarat-syarat sah membaca surat al-Fatihah ada sepuluh, yaitu:

1.  Wajib mengikut tertib susunan ayat demi ayat bacaan Al-Fatihah sepertimana dalam Al-Quran. atau (membaca surat al-Fatihah sesuai urutan ayatnya)

2.  Muwalat itu berarti berturut-turut atau berterusan membaca ayat-ayatnya tanpa dipisahkan dengan diam yang lama atau zikir yang tidak diberi keuzuran. (membaca surat al-Fatihah dengan tanpa terputus).

3. 
Memperhatikan makhraj huruf (tempat keluar huruf) serta tempat-tempat tasydid. Sebaiknya pada setiap ayat itu tidak dibaca dengan sambung tetapi diwaqafkan dengan diam seketika. Hanya diam yang dibenarkan antara ayat-ayat tersebut ialah sekadar diam untuk mengambil nafas. Atau diam kerana terlupa, atau untuk mengingatkan ayat yang seterusnya. Bukan diam yang lama dengan disengajakan. Juga bukan diam yang sebentar, tetapi diniatkan untuk memutuskan bacaan.

BACA:  Rajin Shalat Sunnah Malah meninggalkan yang Sunnah?

4.  Tidak lama terputus antara ayat-ayat al-Fatihah ataupun terputus sebentar dengan niat memutuskan bacaan. Zikir yang dibenarkan untuk diselangi dalam bacaan Al-Fatihah ialah yang ada kaitan dengan sembahyang seperti mengaminkan bacaan Al-Fatihah Imam. Ataupun mengingatkan bacaan Imam tatkala Imam terdiam kerana terlupa. Tidak boleh jika Imam masih boleh meneruskan bacaan dan kita mengingatkan, maka ianya memutuskan bacaan Fatihah kita. Dan sewaktu mengingatkan itu diniatkan sebagai zikir.

5.   Membaca semua ayat al-Fatihah.
6.   Basmalah termasuk ayat dari al-fatihah
7.   Tidak menggunakan lahan (lagu) yang dapat merubah makna
8.   Memabaca surat al-Fatihah dalam keaadaan berdiri ketika sholat fardhu
9.   Mendengar surat al-Fatihah yang dibaca
10. Tidak terhalang oleh dzikir yang lain. Zikir yang tidak diberi keuzuran untuk diselangi dalam bacaan Al-Fatihah ialah seperti mengucap "Alhamdulillah" sewaktu bersin, mengucap "SubhanaAllah", atau mengingatkan bacaan selain Imam.

Mudah-mudahan tulisan ini akan mendapat masukan dan kedalaman yang sempurna dari pembaca sekalian khususnya untuk penulis. Mohon kiranya sama-sama kita kaji kembali bersama Ulama dan guru-guru kita agar kekurangan dalam penjalasan penulisan Syarat Sah Membaca Al-Fatihah ini akan sempurna. Kepada Allah kami mohon ampun atas kesalahan dan khilaf. Aminn
Wallahua'lam.

Rujukan:
- Minhaj At-Thalibin
- Sabilal Muhtadin

sumber Ref:fekah/mangsuhe

0 komentar:

Post a Comment

Intip Berita